UNIT PENGAJARAN 1
Matapelajaran : Matematik
Tajuk : Masa Dan Waktu
Sub Tajuk : Menyatakan waktu dalam sehari
Kumpulan Sasaran : Tahun 1
Tujuan Unit : Membimbing murid untuk mengetahui waktu-waktu yang terdapat
dalam sehari serta dapat mengaplikasikan penggunaan waktu ini
dalam kehidupan mereka seharian.
Kepentingan Unit : Membolehkan murid-murid mengenal, mengetahui, memahami
serta dapat mempraktikkan kemahiran atau kefahaman yang telah
dipelajari serta tahu membezakan aktiviti-aktiviti yang sesuai
dijalankan pada waktu-waktu tertentu
Pengetahuan sedia ada murid : 1. murid sudah boleh membaca dan menulis
2. murid dapat membezakan antara siang dan malam
3. murid telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti
4. murid berupaya memberi contoh-contoh aktiviti
seharian secara ringkas
Pelan mencungkil idea : guru menggunakan kaedah penyoalan yang mana bertujuan
menarik perhatian murid serta membantu mengaitkan isi
pelajaran yang akan di sampaikan dengan pengetahuan
sedia ada mereka
Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori : Pagi , tengahari, petang, malam
Bahan Bantu Mengajar / Sumber : Kad gambar, lembaran kerja, lirik lagu,
radio, pen marker, kad manila, papan putih,
buku teks, buku aktiviti
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
Kognitif - menamakan waktu dalam sehari berdasakan kad gambar yang
ditunjukkan oleh guru.
Psikomotor - murid dapat memadankan kad gambar mengikut waktu.
Afektif - menghargai kepentingan masa dalam kehidupan seharian
Pelan Penaksiran : Lembaran kerja, Jadual (kad manila)
Huraian Pengajaran :
Di bahagian permulaan, guru menggunakan kaedah penyoalan yang mana bertujuan menarik perhatian murid serta membantu mengaitkan isi pelajaran yang akan di sampaikan dengan pengetahuan sedia ada mereka.
Di peringkat seterusnya, dengan menggunakan kad gambar guru membimbing murid untuk menyatakan serta mengenalpasti waktu-waktu yang terdapat dalam sehari. Proses ini diteruskan dengan menggunakan kad gambar yang berlainan secara berulang-ulang bagi memastikan pengetahuan baru yang diperoleh murid akan kekal lebih lame dalam stor ingatan mereka. Seterusnya, guru membahagikan mereka dalam kumpulan kecil dan meminta mereka berbincang tentang aktiviti-aktiviti yang biasanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu yang telah dipelajari (pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam). Selepas itu, wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Bagi aktiviti seterusnya, guru akan memanggil murid secara rawak untuk memadankan kad gambar dengan waktu yang diberi di papan putih. Proses ini bertujuan membantu menguatkan lagi kefahaman murid serta melatih mereka untuk berani dan mengamalkan lain-lain nilai murni yang ada.
Pada peringkat akhir atau pun penutup, guru akan menguji sejauh mana murid faham akan pelajaran yang telah dijalankan. Guru akan mengedarkan lembaran kerja dan seterusnya membincangkan jawapan selepas semua murid selesai menjawab. Selepas itu guru akan meminta beberapa orang murid untuk membuat kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari.
FASA
|
ISI KANDUNGAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Permulaan/ mencungkil idea
(5 minit)
|
Nyanyian lagu
“waktu dalam sehari”
|
· Guru memperkenalkan lagu
· Mengedarkan lirik lagu
· Guru memasang lagu tersebut dan membimbing murid menyanyikannya bersama-sama.
· Guru memperkenalkan tajuk yang akan dipelajari
|
Menggunakan:
Lirik lagu
Radio
Aktiviti simulasi
|
Menstruktur/
Kandungan
(30 minit)
|
Menyatakan waktu-waktu yang terdapat dalam sehari
· Pagi
· Tengahari
· Petang
· Malam
|
· Dengan menggunakan teknik penyoalan guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan pelajaran yang akan diajar
1- Apakah aktiviti yang sering kamu lakukan pada waktu petang?
2- Bagaiman pula pada waktu malam, apakah aktiviti yang kamu lakukan?
3- Nyatakan waktu-waktu yang ada dalam sehari?
· Selepas itu, guru memaparkan kad-kad gambar yang memaparkan aktiviti-aktviti tertentu serta meminta murid menyatakan bila aktiviti tersebut dilakukan
· Guru menunjukkan kad gambar ini secara berulang-ulang dengan menggunakan gambar yang berlainan bagi menguatkan konsep baru yang telah dipelajari
· Guru juga menegaskan sebarang aktiviti yang dibuat haruslah bersesuaian waktu.
|
Menggunakan:
Kad gambar
Papan putih
Buku teks
Lembaran kerja
Aktiviti penyoalan
Latih tubi
|
Aplikasi Idea
(20 minit)
|
Aktiviti pengukuhan
(aktiviti secara kumpulan)
(aktiviti secara individu
|
· Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan
· Setiap kumpulan diberi sekeping kad manila yang mengandungi jadual berkaitan dengan waktu-waktu dalam sehari
· Murid-murid diminta berbincang serta bekerjasama melengkapkan jadual berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi waktu yang dinyatakan
· Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka
· Seterusnya guru memanggil murid secara rawak untuk memadankan kad gambar dengan waktu yang dipaparkan dipapan putih.
· Ini dapat menguatkan pengetahuan baru yang diperoleh murid
|
Menggunakan:
Kad manila
Pen marker
Kad gambar
Aktiviti kumpulan
|
Refleksi / Penutup
(5 minit)
|
Kesimpulan
Kerja rumah
|
· Guru membimbing murid untuk menyatakan kembali apa yang telah dipelajari.
· Guru membuat kesimpulan serta memberi kerja rumah kepada murid.
|
Menggunakan:
Buku aktiviti
|
Lembaran Kerja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan