Isnin, 24 Oktober 2011

pengenalan:-



MASA & WAKTU....


Masa dan waktu pasti akan berlalu
Sehingga kita tidak bisa mengejarnya
Kita tidak bisa menandinginya
Karena semua itu yang pasti ketentuan Illahi

Sedetak sedar berlalu batas meninggalkan diriku
Tak sedar - sedar tak mungkin dapat ku kejar oh terlalu jauh
Aku seperti dulu oh ditelan waktu
Kini ku sedar mahu tak mahu berlari laju memintasmu
Aku kan sampai dulu atau kau tiba dulu
Masa lewat tubuhkannya milikku jangan lihat dan tunggu
Biarkan, biarkan, biarkan, biarkan,
Biarkan, biarkan, biarkan, biarkan,

Sedetak sedar berlalu batas meninggalkan diriku
Tak sedar - sedar tak mungkin dapat ku kejar oh terlalu jauh
Aku seperti dulu oh ditelan waktu



Aku seperti dulu oh ditelan waktu

Kini ku sedar mahu tak mahu berlari laju memintasmu
Aku kan sampai dulu atau kau tiba dulu
Kini ku sedar mahu tak mahu berlari laju memintasmu
Aku kan sampai dulu atau kau tiba dulu
Kini ku sedar mahu tak mahu berlari laju memintasmu
Aku kan sampai dulu atau kau tiba dulu

Kini ku sedar mahu tak mahu berlari laju memintasmu..
Dunia ini seketika
Marilah kita semua bersedia
Album : Rahsia
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Selasa, 18 Oktober 2011

Masa dan Waktu


UNIT  PENGAJARAN  1


Matapelajaran              :           Matematik

Tajuk                           :           Masa Dan Waktu
Sub Tajuk                    :           Menyatakan waktu dalam sehari

Kumpulan Sasaran      :           Tahun 1

Tujuan Unit                 :            Membimbing murid  untuk mengetahui waktu-waktu yang terdapat  
                                               dalam sehari serta dapat mengaplikasikan penggunaan waktu ini 
                                               dalam kehidupan mereka seharian.

Kepentingan Unit       :           Membolehkan murid-murid mengenal, mengetahui, memahami 
                                             serta dapat mempraktikkan kemahiran atau kefahaman yang telah
                                             dipelajari serta tahu membezakan aktiviti-aktiviti yang sesuai 
                                             dijalankan pada waktu-waktu tertentu 
                                                     
Pengetahuan sedia ada murid :           1.  murid sudah boleh membaca dan menulis
                                                         2.  murid dapat membezakan antara siang dan malam
                                                         3.  murid telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti
                                                         4.  murid berupaya memberi contoh-contoh aktiviti 
                                                              seharian secara ringkas

Pelan mencungkil idea            :           guru menggunakan kaedah penyoalan yang mana bertujuan             
                                                          menarik perhatian murid serta membantu mengaitkan isi
                                                          pelajaran yang akan di sampaikan dengan pengetahuan
                                                          sedia ada mereka


Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori      :      Pagi , tengahari, petang, malam

Bahan Bantu Mengajar / Sumber                    :     Kad gambar, lembaran kerja, lirik lagu, 
                                                                            radio, pen marker, kad manila, papan putih, 
                                                                            buku teks, buku aktiviti

Hasil pembelajaran      :           Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
                                              Kognitif          - menamakan waktu dalam sehari berdasakan kad gambar  yang 
                                                                     ditunjukkan oleh guru.
                                              Psikomotor    - murid dapat memadankan kad gambar mengikut waktu.
                                              Afektif           - menghargai kepentingan masa dalam kehidupan seharian


Pelan Penaksiran         :           Lembaran kerja,  Jadual (kad manila)

Huraian Pengajaran     :
Di bahagian permulaan, guru menggunakan kaedah penyoalan yang mana bertujuan menarik perhatian murid serta membantu mengaitkan isi pelajaran yang akan di sampaikan dengan pengetahuan sedia ada mereka.

Di peringkat seterusnya, dengan menggunakan kad gambar guru membimbing murid untuk menyatakan serta mengenalpasti waktu-waktu yang terdapat dalam sehari. Proses ini diteruskan dengan menggunakan kad gambar yang berlainan secara berulang-ulang bagi memastikan pengetahuan baru yang diperoleh murid akan kekal lebih lame dalam stor ingatan mereka. Seterusnya, guru membahagikan mereka dalam kumpulan kecil dan meminta mereka berbincang tentang aktiviti-aktiviti yang biasanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu yang telah dipelajari (pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam). Selepas itu, wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Bagi aktiviti seterusnya, guru akan memanggil murid secara rawak untuk memadankan kad gambar dengan waktu yang diberi di papan putih. Proses ini bertujuan  membantu menguatkan lagi kefahaman murid serta melatih mereka untuk berani dan mengamalkan lain-lain nilai murni yang ada.

Pada peringkat akhir atau pun penutup, guru akan menguji sejauh mana murid faham akan pelajaran yang telah dijalankan. Guru akan mengedarkan lembaran kerja dan seterusnya membincangkan jawapan selepas semua murid selesai menjawab. Selepas itu guru akan meminta beberapa orang murid untuk membuat kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari.



FASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Permulaan/ mencungkil idea
(5 minit)
Nyanyian lagu
 “waktu dalam sehari”
·         Guru memperkenalkan lagu
·         Mengedarkan lirik lagu
·         Guru memasang lagu tersebut dan membimbing murid menyanyikannya bersama-sama.
·         Guru memperkenalkan tajuk yang akan dipelajari

Menggunakan:
Lirik lagu
Radio

Aktiviti simulasi
Menstruktur/
Kandungan
(30 minit)
Menyatakan waktu-waktu yang terdapat dalam sehari

·         Pagi
·         Tengahari
·         Petang
·         Malam



·         Dengan menggunakan teknik penyoalan guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan pelajaran yang akan diajar
1-         Apakah aktiviti yang sering kamu lakukan pada waktu petang?
2-          Bagaiman pula pada waktu malam, apakah aktiviti yang kamu lakukan?
3-          Nyatakan waktu-waktu yang ada dalam sehari?

·         Selepas itu, guru memaparkan kad-kad gambar yang memaparkan aktiviti-aktviti tertentu serta meminta murid menyatakan bila aktiviti tersebut dilakukan
·         Guru menunjukkan kad gambar ini secara berulang-ulang dengan menggunakan gambar yang berlainan bagi menguatkan konsep baru yang telah dipelajari
·         Guru juga menegaskan sebarang aktiviti yang dibuat haruslah bersesuaian waktu.

Menggunakan:
Kad gambar
Papan putih
Buku teks
Lembaran kerja


Aktiviti penyoalan
Latih tubi
Aplikasi Idea
(20 minit)
Aktiviti pengukuhan
(aktiviti secara kumpulan)
(aktiviti secara individu
·         Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan
·         Setiap kumpulan diberi sekeping kad manila yang mengandungi jadual berkaitan dengan waktu-waktu dalam sehari
·         Murid-murid diminta berbincang serta bekerjasama melengkapkan jadual berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi waktu yang dinyatakan
·         Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka
·         Seterusnya guru memanggil murid secara rawak untuk memadankan kad gambar dengan waktu yang dipaparkan dipapan putih.
·         Ini dapat menguatkan pengetahuan baru yang diperoleh murid

Menggunakan:
Kad manila
Pen marker
Kad gambar


Aktiviti kumpulan
Refleksi / Penutup
(5 minit)
Kesimpulan
Kerja rumah
·         Guru membimbing murid untuk menyatakan kembali apa yang telah dipelajari.
·         Guru membuat kesimpulan serta memberi kerja rumah kepada murid.

Menggunakan:
Buku aktiviti



Lembaran Kerja








JADUAL KERJA







*berikut antara contoh-contoh jadual yang menarik dah boleh dipraktikkan..





Bagi golongan kanak-kanak jadual ini dapat membantu mereka lebih berdisiplin dan menghargai masa. jadual seperni ini juga dapat menarik minat dah mudah difahami.

Slide show


Isnin, 17 Oktober 2011

Hiburan Bersama...

Demi Masa

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

 Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali


Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah..




 
selamat mendengar......